28 December 2016

Kemampuan

Tidak pasti sama ada dia pernah membaca nya atau tidak.
Kalau dia baca, sampaikan pada dia yang aku amat merindui dia
Aku sungguh rindukan dia.

Sangat-sangat..

26 December 2016

2016 yang tak lama lagi nak masuk 2017 #Part3

Aku tahu apa bakal jadi selepas ni apabila membuka nya tapi aku mahu tahu sebab aku perlu tahu untuk memori aku. Aku mahu ada memori sendiri yang ada mereka.

Mereka,
Harta,
Mereka dengan harta sama nilai untuk aku

Mereka,
Harta,
Mereka penuhi seluruh hati dan jiwa aku((bab hati aku tak suka nak tipu))

Mereka,
Harta,
Selain dari keluarga

Mereka,
Harta,
Sudah cukup untuk aku atas dunia ni

Mereka,
Harta,

Aku ada 3 itu. Tiga.. yang aku mampu bawa ke mana-mana menggunakan hati dan jiwa tapi tidak dapat membawa sambil berpegangan tangan

2016 yang tak lama lagi masuk 2017 #Part2

Mengikut perasa lidah aku ((lidah aku lebih kepada deria masam dan masin)) tahun ni semakin mencabar dan luar jangkaan dari tahun sebelum nya yang menjadikan aku tak pasti adakah aku masih aku atau aku dah menjadi aku utk orang lain? Tapi aku lupa, dalam tertelan tercekik aku rasa menggunakan deria ni, Allah SWT telah pun beri aku perasa manis cuma kadang-kadang((selalu)) lidah aku terlepas untuk merasa nya. Memang manusia begini kan sifat nya? Bila manis diambil, baru dia nak menyesal. Patut lah Allah itu seadil-adil nya; Dia mahu kita hargai manis yang kita ada sebab tak semua dapat merasa manis yang kita rasa sekarang ni.

Jap, aku rasa aku lapar sebab masukkan unsur-unsur rasa ni