21 September 2013

Beza

.....................................
Semalam aku tersingkap sang hijab dulu.
Tak terlihat selembut madah ayat,
Yang mana cairan tidak pernah wujud,
Apa aku dulu menyakitkan hati segerombolan manusia itu.
Kekasaran amarah sedia ada dalam ini.

Bilamana lembut dijentik-jentik sedikit, berkoyan-koyan lebam menyusul.
Kau mula mati senyap-senyap, khayal menelan berkilo-kilo dadah.
Mati tanpa disedari mata-mata kanan kiri.

Jikalau bisa,
Hidup kan semula kesifatan dulu,
Pergunakan terhadap pencabul perogol kebahagiaan.
Ranap hancurkan segala terbuku dalam hati.
Menyakitkan perasaan diri biar diperlambatkan.
Asalan, bahagia dlm genggaman tanpa perlu diperkotak-katikkan//