7 June 2014

seri satu markah

Kamu pernah ditikam-tikam aku waktu zaman hidup aku khayal dengan keegoansentrik, andai kata kamu lihat sendiri keangkuhan aku masa itu kamu diam sahaja. Tak pun iya-iyakan kata aku sekalipun terekahkan senyum kamu kepada aku supaya aku rasa kamu okay di-samping-aku-pada-aku-tapi-kita-jauh-pada-sudut-lain.

Aku menikam diri sendiri sambil membina tembok kukuh, sementara kamu semakin hari semakin angkuh dikeliling topeng-topeng hidup. Aku iya-iyakan pergerakan dan perbualan kamu sekalipun terpaksa kuburkan diri hidup-hidup. Tak mengapa aku berkenan soal jadi patung hidup dengan kamu. Aku dapatkan rasa keegoaansentrik kamu lebih power dari egosentrik aku. 

Kita seri satu sama okay.Draw one.