9 December 2014

Sayap

'Mengapa sayap kamu berdarah?'

'Berdarah? Eh jangan kamu merepek samdol'

'Eh, aku tidak tipu kamu. Lihat betul-2 kedua-dua sayap kamu'

'Eh betul lah sayap aku berdarah'((selepas melihat sayap))

'Bagaimana kamu tidak sedar? Pelik lah kamu. Seharusnya kamu yang sedar kerna itu sayap kamu sendiri.Sayap yang tumbuh di belakang badan mu sendiri'

'Ah kamu ni, sayap pun punya perasaan. Tidak mahu aku tahu dia sakit lah tu'

'Kalau sayap berdarah, makna nya kamu pun sama berdarah?'

'Mengapa kamu kata begitu?'

'Kamu dengan sayap saling melengkapi ye lah kerna dia tumbuh di belakang badan kamu. Cuba kamu ingat, bila kamu sakit dia juga sama sakit kerna sumber kekuatan nya lemah. Sama seperti juga sayap ni, dia berdarah maka kamu juga berdarah. Ya-2 kamu akan kata anggota badan kamu tidak berdarah. Yang itu hati kamu mesti berdarah kan??'

*Gulppp*