17 January 2015

Soalan saya

encik baru kematian isteri beberapa bulan tapi sudah teringin ada isteri baru kata nya untuk hilangkan duka dan ringankan keringat menjaga anak. Eh encik cakap anak bongsu encik umur 15 tahun ni. Yang sulung sudah bekerja. Yang lain-lain masih di menara gading. Eh eh?

Maka tu saya nak bertanya:
Macam mana ya encik boleh hapuskan kasih cinta encik pada gemulah isteri encik yang berbelas-belas tahun tu? Bukan apa saya yang umur setahun tua dari anak bongsu encik nak buang kasih cinta 4tahun ni susah weh. Betul dah banyak kali buat tak berjaya jugak. Ingat saya kasih cinta 4tahun tu cinta monyet adik-beradik dengan babi.Tapi rupanya bukan. Sampai saya terfikir kut-2 saya kene minyak dagu tapi Alhamdulillah ingat solat, ingat Tuhan, ingat makan, ingat keluarga, ingat kawan-kawan, ingat tido.

Jadi, bagaimana encik?